Anak arnab yang baru lahir
berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu) buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh
pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7
hingga ke 10.Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah
pada umur 14 – 16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba
makan makanan ibunya.
Thursday, 31 May 2012
Tuesday, 22 May 2012
ARNAB ISTIMEWA
Wednesday, 16 May 2012
SABRINA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK
Sabrina oh Sabrina semalam telah selamat melahirkan anak. 6 ekor anaknya comel-comel sekali, ini merupakan kelahiran yang kedua buat Sabrina, tapi ia masih belum pandai menjaga anaknya,bulu pun belum pandai nak dicabutnya,terpaksa la...kami menjaga anak-anaknya, menyusu pun kami yang bantu.
![]() |
SABRINA BERSAMA-SAMA ANAKNYA |
![]() |
ANAK-ANAK SABRINA |
Friday, 11 May 2012
PENJAGAAN ANAK ARNAB
Penjagaan Anak Arnab Tanpa Ibu
Ibu arnab akan menyusukan anaknya lebih kurang 5 minit sehari. Selalunya ibu arnab akan memasuki sarangnya pada waktu pagi dan petang. Susu arnab diperkayai dengan protein berkualiti, ia membolehkan anak arnab mendapat bekalan protein yang secukupnya walaupun hanya menyusu untuk tempoh yang sebentar. Ibu arnab tidak akan mendampingi anak-anaknya untuk memanaskan badan mereka sebagaimana mamalia lain dan burung. Oleh yang demikian sarang dibina daripada bulu dan rumput bagi memastikan anak arnab mengekalkan suhu badan mereka. Jangan sesekali memaksa ibu arnab untuk duduk di dalam sarang. Anda boleh memeriksa samada anak arnab mendapat susu yang secukupnya dari ibu mereka dengan mengangkat mereka dan melihat saiz perut (pastikan perut mereka tidak kempis), kulit kelihatan kemerah-merahan, dan kadar aktiviti (mereka tidak kelihatan kebiruan dan tidak bermaya). Anak arnab seharusnya senyap sepanjang hari, jika mereka berbunyi, itu menunjukkan mereka kelaparan.Adakalanya anda akan menghadapi situasi dimana anak arnab menjadi tidak beribu, seperti kematian ibu atau ibu enggan menjaga anaknya ibu. Jika perkara ini berlaku, anda boleh menyusukan anak arnab dengan susu gantian seperti susu tepung kucing. Pastikan anda hanya memberi susu 2 kali sehari. Pemberian susu berlebihan boleh menyebabkan masalah usus dan mengakibatkan kematian. Berikan anak arnab kotak didik yang selesa dan dialas dengan tuala yang bersih, tutup anak dengan tuala untuk memasti suasana gelap. Jangan bekalkan haba sekiranya suhu persekitaran adalah panas. Haba yang berlebihan boleh membawa maut. Jika suhu sejuk, anda boleh meletakkan pad pemanasan, pastikan kedudukannya tidak melebihi separuh dari sarang. Anak arnab akan bergerak ke kawasan yang sejuk jika ia merasa panas
Anda boleh menggunakan susu gantian kucing untuk tujuan penjagaan anak arnab. KMR (Kitten Milk Replacer) boleh didapati di kebanyakan kedai haiwan kesayangan. Anda juga boleh menggunakan susu kambing.
Berikut adalah panduan penjagaan anak arnab bagi baka yang BERSAIZ DEWASA sekitar 2.6 kilo. Sukatan boleh ditambah untuk baka yang lebih besar. Gunakan sukatan susu yang diberi dan dibahagi kepada 2.
Baru lahir sehingga satu minggu: 2 - 2+1/2 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari).
1-2 minggu: 5-7 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) (bergantung kepada arnab, saiz kecil akan minum kurang sedikit).
2-3 minggu: 7-13 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari). Anak arnab domestik akan mula membuka mata pada hari kesepuluh. Arnab boleh mula diperkenalkan kepada makanan seperti jerami rumput, pellet serta air.
3-6 minggu: 13-15 cc/ml setiap sessi (2 kali sehari) arnab domestik akan mula cerai susu pada umur 6 minggu.Jika anda memiliki arnab dewasa yang sihat, kumpulkan cecotropes (tinja lembut coklat cerah yang arnab biasanya makan semula). Tinja ini kemudiannya dicampur dengan susu untuk membekalkan bakteria berguna kepada usus arnab. Anda hanya memerlukan satu cecotropes setiap hari dan diberi selama 4-5 hari. Ini amatlah penting terutamanya arnab dibawah umur sebulan
Pastikan anak arnab berak dan kencing selepas disusukan. Ini untuk memastikan fungsi salur usus dan salur kencing berjalan lancar. Gunakan putik kapas yang lepas dilembapkan dengan air suam dan gosok secara lembut dibahagian dubur. Anak arnab akan mula berak dan kencing, terus mengosok sehingga anak arnab berhenti berak dan kencing. Ini lah cara ibu arnab merangsang anaknya untuk berak dan kencing serta membersihkan najis anaknya.Anda boleh mula memberikan alfalfa hay, timothy hay dan rumput kering kepada anak arnab apabila mereka mula membuka mata. Seterusnya memberi pellet setelah mereka berumur 2 minggu.
Friday, 4 May 2012
KOLEKSI
Punca cirit-birit Nut Girl adalah berpunca daripada kecuaian memberinya makan daun selasih. Saya harap ini akan menjadi pengajaran kepada saya dan semua yang melawat blog saya.
![]() |
NUT GIRL TELAH MENINGGALKAN KAMI |
NEW ZEALAND WHITE | ||||||
MIX RABBIT MIX FUZZY LOP NETHERLAND DWARF LION HEAD |
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)