Thursday, 29 November 2012




MIX NEW ZEALAND WHITE


MIX LION HEAD

LION HEAD
ANAK-ANAK MIX NEW ZEALAND WHITE

Monday, 10 September 2012

NETHERLAND DWARF DAH BESAR









    Anak-anak ND telah besar warnanya pun telah terjawab 3 ekor black otter 1ekor chessnut, 1 ekor hidup tak lama cuma 4 hari. Comel-comel sekali, semuanya ikut jadi fizikal bapanya. Alhamdulillah..

Sunday, 19 August 2012

NETHERLAND DRAWF SELAMAT MELAHIRKAN ANAK








    Tanggal 2 Syawal N.D selamat melahirkan anak, tetapi bulu pun tak dicabutnya, alhamdulillah kekallah lagi baka N.D kami, jika tidak terpaksalah baka jantan dicari untuk dikahwin dengan ibu N.D ini. N.D jantan(chessnut) telah mati selepas kami kahwinkan lebih kurang 3 minggu lepas. Warna anak-anak N.D ni mungkin 3 black outer atau blue outer dan 2 chessnut atau putih sama-sama kita tunggu dan lihat.




Thursday, 2 August 2012

Thursday, 26 July 2012

BUNTING PALSU

N.D yang bunting baru-baru ni rupa-rupanya tak jadi melahirkan anak,inilah kes bunting palsu yang saya pernah dengar. Saya telah mengambil pendekatan dengan kahwinkannya semula hari raya ni insyaallah ia akan melahirkan anak.


ANAK-ANAK N.ZEALAND WHITE TANPA IBU

Ibu N.Zealand White yang baru melahirkan anak pada 18 hari lepas telah mati kelmarin dan anak mati seekor pada sebelah petang diikuti seekor lagi pagi ni. Punca kematian tidak diketahui mungkin stress, yang pastinya ada sedikit kesan membengkak pada telingannya.Tinggallah anak-anaknya yang terpaksa diberi susu yang dibancuh dan minum melalui picagari, hari ini alhamdulillah sekor telah pandai minum sendiri.


BELAJAR MINUM SUSU

Sunday, 8 July 2012

Saturday, 7 July 2012

TIGA TELAH SELAMAT MELAHIRKAN ANAK

ANAK-ANAK MIX RABBIT
 MASIH ADA URI



IBU N/ZEALAND BARU NAK MELAHIRKAN ANAK


8 EKOR ANAK-ANAK N/ZEALAND

IBU BERSAMA ANAK-ANAK MIX RABBIT
TIGA EKOR IBU RABBIT TELAH MELAHIRKAN ANAK SEMALAM DAN HARI INI,TINGGAL SEEKOR LAGI BELUM (N/D),INSYAALLAH SAYA AKAN UPLOAD GAMBARNYA BILA IA MELAHIRKAN ANAK NANTI.

Thursday, 5 July 2012

EMPAT AKAN MELAHIRKAN ANAK
Lion Head


ND

Mix

N.Zealand White
Alhamdulillah empat ekor ibu arnab ni jika tiada apa-apa berlaku mungkin dalam sehari dua ni beranaklah ia. Lion Head, Netherland Drawf, New Zealand White dan Mix Fuzzy Lop/Flamish Giant. Semoga selamat semuanya amin. Kalau seekor ibu beranak 6 ekor jumlah semua 24 ekor. Alhamdulillah..

Friday, 22 June 2012

MAKANAN TAMBAHAN


RUMPUT ISRAEL
PANDAN

NAPIER HIJAU

NAPIER MERAH
Rumput jenis israel amat sesuai untuk dijadikan makanan tambahan arnab kerana ia tidak terlalu panas dan mempunyai kandungan air yang agak rendah.Rumput seperti napier merah/hijau dan daun pandan juga baik untuk arnab.